Amazing Me

PENGAKUAN DIRI
hye smua..ini blog sya..AWAS blog sya mengandungi bahasa sabah..sebarang pertanyaaan boleh tnya sya dkt shoutbox..TENKIU ^^

Diary Owner Linkies Stuff

KOTAK MENJERIT
UNDER CONSTRUCTION!!

Credits

Template: Azzahra
Basecodes:
Others:   
tsunami jepun. . terkuat dlm tmpoh 140 thun

Terkuat dalam tempoh 140 tahun


GAMBAR dari udara menunjukkan gempa bumi di utara Jepun mengakibatkan tsunami berair kehitaman menyapu kawasan pertanian di Sendai semalam.


TOKYO - Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun berlaku di laut timur Jepun semalam sekali gus mencetuskan ombak tsunami setinggi 10 meter.

Pihak berkuasa Jepun berkata, gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter itu menyebabkan beratus-ratus orang dilaporkan terbunuh (sehingga 11.30 malam waktu Malaysia) dan jumlahnya dilaporkan meningkat dalam tempoh enam jam akan datang.

Menurut Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi yang berpusat 130 kilometer dari pantai timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.

Kira-kira sejuta penduduk mendiami Sendai yang merupakan sebuah kawasan pertanian utama di Jepun.

Bencana alam itu berlaku pada pukul 11.45 pagi waktu tempatan.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Khan dalam sidang akhbar semalam mengakui gempa bumi tersebut menyebabkan kerosakan besar di utara Jepun.

Ombak tsunami tersebut membawa tanah dan serpihan sebahagiannya dalam keadaan terbakar menenggelamkan kawasan tanah pertanian di bandar Sendai, timur Jepun yang mempunyai sejuta penduduk.

Sebuah hotel runtuh di bandar Sendai dan ramai orang dipercayai tertimbus di celah runtuhan.

Turut disapu tsunami ialah Iwate, Miyagi dan Aomori.

sumber..kosmo